"Along.. sakit Along.. Mak janji tak bagitau AYAH... Along tolonggg jANGAN Buat Mak Macam ni..Anak Tetak Ibu Kandung Sampai Mati...MasyAllah,,,Zalimnya... |
__Tetak Ibu Kandung Sampai Mati|Seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah mengamuk dan membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di kediaman mereka di kondominium Jade, Bukit Indah, Ampang di sini, pagi tadi...
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata dalam kejadian
kira-kira 3.15 pagi itu, suspek, 23, telah membunuh ibunya yg berusia
49 tahun...
__Hamzah berkata selepas suspek membunuh ibunya, dia pergi ke Balai Polis
Komuniti Bukit Indah, terletak kira-kira 1 kilometer dari kondominium
itu sambil memegang parang yg digunakan untuk menetak ibunya...
“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, tiba di balai berkenaan dipercayai untuk menyerah diri namun dia yang berada dalam keadaan tidak terkawal telah bergelut dengan anggota polis...
“Namun polis berjaya mengawal suspek dan pada masa itu polis menerima
panggilan daripada orang awam mengenai insiden bunuh berkenaan,” katanya
kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
__Hamzah berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur mendapati suspek positif ganja.
EmoticonEmoticon