Tuesday 18 October 2016

Tidak Tahan Difitnah Dan Faye Kusairi Jadi Kambing Hitam Sehingga Bercerai Dengan Elly Mazlein,Azmi Hatta Tampil Dedahkan Perkara Sebenar,Siapa Yang Tuduh Dia Bermasalah Pasti Malu Besar Selepas Baca Pendedahan Ini...Panas Beb...

Tags


Pengarah drama, Azmi Hatta, 41, meminta semua pihak menghentikan provokasi ke atas kes keruntuhan rumah tangganya bersama penyanyi yang juga pelakon, Elly Mazlein. Bahkan, beliau hari ini menyatakan keinginannya untuk berdamai dengan bekas isterinya itu. Azmi turut membuat pengakuan bersumpah pelakon, Faye Kusairi, bukanlah punca perpisahannya bersama Elly, 36, seperti yang didakwa.

"Saya meminta semua pihak menghentikan provokasi yang boleh memudaratkan lagi isu ini. Kami berpisah disebabkan beberapa perkara dan faktor utama adalah kerana sikap cemburu Elly sendiri.

"Sudah tiba masanya saya membuka mulut setelah lama mendiamkan diri. Banyak pihak yang terpalit dengan kontroversi ini dan saya perlu bersuara untuk menegakkan keadilan. "Maruah saya sebagai lelaki seperti diperkotak-katikkan dalam hal ini. Oleh itu, perpisahan menjadi jalan terbaik buat saya dan Elly," kata Azmi ketika ditemui pada sidang media akuan sumpah di Tasik Titiwangsa, di sini.

Azmi dan Elly berkahwin pada November 2014 dan berpisah pada Oktober tahun lalu, ketika Elly hamil empat bulan. Peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu melahirkan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia, pada 9 Mac lalu.

"Saya sudah lama tidak berjumpa dengan anak kerana ingin Elly mengotakan janji untuk berubah sikap. Doakan yang terbaik untuk kami," kata Azmi secara ringkas. Sebelum ini, nama Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, turut terkait dalam keruntuhan rumah tangga pasangan terbabit.

Menafikan dakwaan dirinya menjadi punca perpisahan Azmi dengan Elly, Faye bagaimanapun baru-baru ini membuat pengakuan beliau intim bersama pengarah terbabit beberapa bulan selepas perceraian berlaku.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/203487

This Is The Newest Post

1 comments so far

Ayo Kakak Semuanya,
Yuk iseng bermain game untuk mendapatkan uang tambahan setiap harinya Hanya di HobiQQ
Modal Kecil Dapat Puluhan Juta :)
Bareng aku dan teman-temanku yang cantik-cantik loh !
Info Situs HobiQQ :
BBM : DD09567B
WA : +855 964638259
LINE : hobi-qq


EmoticonEmoticon